Tuesday 1 February 2011

bab 2 (inilah dunia ciptaanNya)

Sidang Saman memanggil Bujei yang sedang melakukan perlakuan pelik itu,Bujei yang dalam keadaan cemas itu terus memalingkan mukanya kearah jambatan.Sidang Saman memarahi dan melontarkan pertanyaan kepada Bujei kenapa dia melakukan perbuatan yang sia-sia itu,lalu Bujei menyatakan Alias yang menyuruhnya berbuat begitu dan apabila terdengar bunyi azan maghrib Sidang Saman meneruskan perjalanannya sambil menyuruh Bujei pulang ke rumah.Bujei kesal atas perlakuannya.Alias merupakan orang yang paling ditakutinya di kampung itu kerana apa jua yang disuruh oleh Alias,Bujei tidak pernah membantah.Kalau dibantahnya Alias pasti memukulnya.Bujei bergerak untuk ke tebing dan tiba-tiba Bujei membenamkan dirinya semula ke dalam sungai dek kerana bunyi enjin motor yang didengarinya .Bujei pantas pergi ke tebing kerana takut kalau-kalau selepas ini Alias yang muncul.Dengan bajunya yang basah dia terus menuju pulang ke rumah neneknya.Dalam perjalanan ke rumah dia terus memikirkan makanan apa yang harus dia makan untuk mengisi perutnya yang lapar.Dia sanggup makan apa sahaja ,janji perutnya diisi.Bujei jarang makan nasi kalau tidak daripada pemberian orang atau rumah orang kenduri dan selalunya dia akan menolong untuk melakukan sebarang kerja kerana apabila dia pulang dia akan dibekalkan dengan makanan lebihan.Bujei mengendalikan rumah neneknya itu dengan baik dan bersih sekali .Segala perabot dan peralatan eletrik yang berada didalam rumah neneknya itu telah terletak rapi ditempat yang bersesuaian mengikut apa yang pernah dia lihat dan ingin juga dia di puji atas daya mengemaskan rumah.Dia akan bersendirian dirumah dengan menonton dan mendengar televisyen dan radio yang sudah tidak lagi berfungsi kerana itulah alam kegembiraannya.Keadaan rumahnya agak gelap dan walaupun Bujei sudah biasa dengan keadaan tersebut tetapi dia masih tercari-cari pelita minyak tanah dan mengingatkan kembali dimana dia meletakkan benda tersebutkerana selalunya dia meletakkannya ditepi dinding sambil menyumpah pada kegelapan.Selepas rumahnya diterangi dengan pelita minyak tanah dia terus membuka pakaiannya dan mengantungkan pakaiannya ke tali ampaian.Dia menampar-nampar badannya yang terdedah kepada nyamuk.Dia ke dapur untuk mengelakkan dirinya dari terus menjadi sasaran nyamuk.Dia senyum apabila memandang pisang berangan kerana itulah yang menjadi santapan makan malamnya yang tergantung,banyak yang masak.Dia terus memakan setandan pisang yang sudah separuh habis itu ke ruang rumah untuk dimakannya sambil menonton televisyen.Sesekali dia ketawa seorang diri pada televisyen yang tidak menunjukkan sebarang gambar.Bujei melelapkan matanya walaupun belum tiba waktu malam dan meninggalkan longgokan pisang yang telah dimakannya berhampiran dengan pelita.Dia terus pergi ke kelambunya yang seperti khemah tentera yang berceloreng.Setelah menjatuhkan badannya dan berangan-angan dia bangun semula untuk mematikan televisyen yang telah dibukanya tadi,barulah dia kembali ke kelambunya itu dan meneruskan kebiasaannya berangan-angan.Daripada satu perkara ke satu perkara yang menjadi mainan fikirannya ,kekadang hal yang sama menjadi lamunannya.Bujei ingin berkahwin dengan Same’ah anak Sidang Saman.Sa’meah baik dan bertimbang rasa kepadanya kerana anggapan Same’ah tidak seperti orang kampung yang lain.Cinta Bujei kepada Same’ah tidak terucap lagi dan dia memikirkan yang Same’ah juga mempunyai pemikiran yang sama sepertinya cuma malu untuk menyatakan perasaannya.Dia bahagia apabila berfikir begitu walaupun dia sudah mengetahui yang Same’ah sudah bertunang dan akan berkahwin tidak sampai dua bulan lagi.Baginya Same’ah tetap kekasihnya walaupun Same’ah akan menjadi isteri kepada seorang pegawai di kota besar.Dia terus memikirkannya sehingga dia tertidur dalam lamunannya kerana itulah kebahagian yang dia sahaja mengerti.

No comments:

Post a Comment