Tuesday 1 February 2011

bab 3 (masih ada yang simpati)

Adila melihat pantas pada tiang kedai itu dan bertanya kepada Same’ah adakah itu adalah Bujei,akan tetapi kereta yang di pandu oleh Adila telah tersasar jauh dari pandangannya itu telah membuatkan Same’ah tidak dapat melihatnya untuk memastikan kebenarannya.Same’ah hanya menyatakan jawapan dengan nada selamba kerana dia hanya lebih memikirkan tentang perkhawinannya yang tidak sampai dua bulan lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bakal suaminya.Adila adalah sepupu Same’ah ,kedatangannya ke kampung mempunyai sebab dan alasannya yang tersendiri.Bagi Same’ah Adila telah banyak membantunya melakukan persiapan perkhawinannya walaupun Same’ah tidak tahu bila dia akan pulang ke Kuala Lumpur.Kata Adila dia akan duduk di kampung selama masa empat lima bulan itu.Selama Adila duduk di kampung selama dua bulan itu Same’ah sedar akan perhatian Adila kepada Bujei kerana Adila sering mengatakan Bujei dari segi kemanusiaan dan sosialnya.Dia memperkatakan yang Bujei ini merupakan mangsa alam dan manusia disekelilingnya.Sedikit sebanyak dia telah mengetahui tentang Bujei.Dia semakin mempersoalkan hal tersebut sebagaimana seorang siswa yang sedang menyiapkan kajiannya.Same’ah mengingati kembali masa pertama kali Adila bertemu dengan Bujei.Same’ah tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kejadian yang yang cemas dan melucukan itu.Pada waktu Same’ah membawa Adila berjalan-jalan di sekitar kampung.Same’ah dapat merasakan sepupunya itu bahagia dan gembira apabila dapat memuji akan keindahan dan kemakmurannya.Apabila mereka tiba di persimpangan jalan ke jambatan untuk pulang,Bujei muncul dalam keadaan yang tiba-tiba sahaja dan membuatkan orang menjadi takut kepadanya apabila orang tidak mengetahui dan mengenalinya.Ketika itu Bujei di dalam keadaan yang basah kuyup dan bersalut lumpur.Waktu itu Adila mula cemas dan hilang akal dan pantas dia bergerak menuju kebelakang Same’ah untuk berlindung dari ancaman tersebut.Bujei menghampiri mereka sambil berkata dalam nada mengugut.Muka Adila pucat cemas pada ketika itu dan benar-benar takut akan keadaan tersebut.Bujei bergerak pergi apabila ditanya oleh Same’ah.Adilah menegur Same’ah akan kisah lama yang diungkitnya itu,Adila malu sangat akan peristiwa tersebut kerana sebelum ini tidak pernah lagi dalam hidupnya berhadapan dengan manusia abnormal seperti itu .Mereka menuju ke bandar untuk membeli barang persiapan perkhawinan Same’ah.Sambil dalam perjalanannya itu mereka berbual-bual dan mengenangkan kembali kisah lama yang melucukan bagi mereka iaitu pertama kali berjumpa dengan Bujei.Dalam pengalamannya belajar,dia sedar manusia seperti itu sebenarnya wujud ,malah dia memilih manusia abnormal sebagai bahanya dalam membuat kertas sampingan pengajian.Mereka bergelak ketawa apabila mengenangkan peristiwa yang mencemaskan itu sambil memberhentikan kereta di tempat letak kereta.

No comments:

Post a Comment