Tuesday 1 February 2011

bab 5 (rajuk yang tak terpujuk)

Same’ah menyatakan kepada Adila agar jangan risau akan hal Bujei dan tiba-tiba Adila menyatakan yang dia ingin menemu ramah Bujei tanpa merasakan yang dia telah berkata aneh sebelum itu dengan nada yang selamba sambil membentuk bekas bunga telur di serambi.Kedua-dua adik Same’ah bersekolah sementara Sidang Saman masih belum balik dari menoreh.Same’ah berpendapat perbuatan Adila adalah perbuatan yang misteri yang dibawa oleh Adila setelah kepulangan misteri dia ke kampung tetapi Adila serius akan perbuatan yang dia ingin lakukan dan menyatakan kepada Same’ah bahawa apa yang dipelajari ialah ilmu tidak perlu ditunggu malah ilmu perlu diterokai kerana masih banyak ilmu yang tersembunyi.Dalam Al-quran pun,Allah telah berfirman bahawasanya ilmu yang telah diberikan kepada manusia hanyalah sekelumit sahaja.Same’ah yang hanya bersekolah hingga ke tingkatan enam amat yakin dengan pendapat Adila itu tetapi disebabkan budaya kampung Same’ah tidak dapat menerima yang Bujei boleh dijadikan bahan kajian.Tiba-tiba adalah mengeluarkan hasil buah fikirannya dan menyatakan Bujei boleh di pulihkan,ketika itu Same’ah terkejut akan kata-kata Adila kerana tidak pernah pula dia dan orang kampung berfikir sampai kesitu.Didalam kampungnya itu tidak ada seorang pun yang akan berharap Bujei akan dapat dipulihkan.Same’ah ingin sekali dia bertanya kepada Adila akan misterinya pulang ke kampung ,mereka tidak membenci kepulangannya itu malah menyukainya lagi akan tetapi orang yang telah habis pengajiannya mesti akan cepat-cepat mencari kerja.Malah Adila pulang ke kampung untuk berbulan-bulan lamanya tanpa sebarang sebab.Itulah yang belum diketahuinya dan masih belum ditanya.Tiba-tiba Adila mengejutkan Same’ah dari lamunan dan menyatakan apakah yang telah difikirkannya.Lalu Same’ah bertanya kepada Adila akan persoalan yang masih belum terjawab itu dan Adila menyatakan rahsia sebab dia pulang ke kampung tetapi tiba-tiba dalam Same’ah menunggu akan jawapan dari Adila ,Sidang Saman pulang dari menoreh dan menyatakan kepada Mak Lamah yang Harun telah pulang ke kampung.Harun ialah bapa tiri Bujei yang sekian lama menghilang.Mak Usu Bakyah telah lama menunggu kedatangan anak saudaranya itu datang bertandang tidur di rumahnya.Mak Usu Bakyah ialah adik bongsu Sidang Saman,mereka senang akan Mak Usu Bakyah yang umurnya lebih sedikit tiga puluh lima tahun.Keramahan mereka telah membuatkan mereka bercerita tentang kisah lama mereka.Pada waktu itulah Adila mula menceritakan rahsia alasannya pulang ke kampung.Adila pulang ke kampung kerana dia sedang melarikan dirinya dari seseorang yang telah membuatkannya kecewa.Faizal ialah di tahun akhir pengajiannya di England.Mereka telah berjanji antara satu sama lain.Tetapi sedih apabila pulang ke tanah air,Faizal hanya ingin memberitahu yang dia sudah beristeri.Sekarang Faizal ingin memujuk Adila kembali tetapi Adila tegas akan pendiriannya untuk tidak menerimanya kembali.Mak Usu Bakyah menyatakan yang bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor dan bertanyakan Adila tentang pekerjaan.Mak Usu Bakyah menyatakan dengan penuh yakin yang Bujei adalah lelaki yang jujur dan lurus dan serta merta Adila menanyakan apakah kaitan dengan Bujei.Mak Usu Bakyah menerangkan jikalau sebut tentang kejujuran Bujei mempunyai segala-galanya dan Same’ah hanya mempersoalkan tentang itu.Adila mula terus ingin bertanya tentang Bujei kepada Mak Usu Bakyah dan Same’ah membantah.Lalu Mak Usu Bakyah menceritakan keistimewaan Bujei dengan bermadah dan bersungguh-sungguh.Mereka hanya terpegun akan kelainan ibu saudaranya dan Adilah hanya menyatakan apa yang telah ibu saudaranya katakan itu ada kebenarannya.

bab 4 (siapa yang mengerti hatiNya)

Alias dan kawan-kawannya sedang berbual dianjung dan kebetulan pula Bujei melintas dihadapan rumahnya lalu mempergunakan Bujei untuk membasuh motornya.Kalau Bujei membantah atas arahan Alias ,maka Bujei akan dipukul dan dimarahi. Ramai yang telah menasihati Bujei agar tidak melakukan arahan yang diberikan Alias.Bujei tidak pernah serik akan penganiayaan Alias kepadanya dan apa-apa yang diharapkannya daripada Alias akan hampa begitu sahaja jikalau Alias marah.Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya sendiri.Bujei memanggil Mak Som di dapur untuk meminta sabun dan baldi supaya dapat membasuh motor Alias .Semasa menunggu Mak Som mengambil sabun dan baldi,Bujei bersiul-siul dan tiba-tiba Opah Arah muncul dengan perasaan benci bercampur marahkerana orang tua tidak suka akan orang bersiul tetapi dia tidak pula memarahi Alias yang selalu bersiul itu dan dengan menanyakan apa yang dikehendaki oleh Bujei.Bujei merasakan Opah Arah menyimpan dendam pada dirinya dan Bujei senyap-senyap turut juga menyimpan dendam kepada Opah Arah.Bujei membasuh motosikal besar Alias yang bergelumang dengan lumpur merah tanpa mengingatkan segala perbuatan yang dilakukan Alias kepada dirinya.Bujei membasuh motosikal Alias dengan penuh berhati-hati agar tidak dimarahi dengan Alias.Ketiks dia membasuh motosikal Alias dia merasakan sesuatu yang cantik dan menyeronokkan dan lupa akan tugasan asalnya dek kerana hujung salur yang dipegangnya tegak ke atas membentuk seperti payung yang telah melekakan dirinya.Dia ketawa akan aksi yang dilakukan itu dan tiba-tiba dia telah dimarahi dan ditengking oleh Alias atas perbuatan yang dilakukannya itu,lalu Bujei tersedar dan terus memandang kearah rumah kerana takut akan sepasang mata iaitu Opah Arah.Dia lebih takut akan Opah Arah .Dia menyambung kerja semula dan sesekali dia memerhati kalau-kalau Opah Arah masih memandang dirinya.Kedatangan Adila ke kampung sejak dua bulan lalu telah menjadi bahan bualan kepada Alias dan kawan-kawannya dan jarang juga mereka membualkan topik lain selain daripada mengatakan hal Adilah.Sahak merupakan kawan baik Alias dan Sani pula tidak serapat Sahak kerana dia bekerja di kilang dan jadual tugasnya yang tidak menentu.Mereka berbual-bual dengan menjadikan Adila sebagai topik sambil berkata-kata dengan keadaan yang bermegah dan puji-memuji yang telah menjadi kebiasaan mereka.Bujei yang telah menghabiskan kerjanya pergi menuju ke Alias untuk meminta upah.Tetapi Alias menghalaunya pergi dan lupa akan janjinya untuk memberikan upah.

bab 3 (masih ada yang simpati)

Adila melihat pantas pada tiang kedai itu dan bertanya kepada Same’ah adakah itu adalah Bujei,akan tetapi kereta yang di pandu oleh Adila telah tersasar jauh dari pandangannya itu telah membuatkan Same’ah tidak dapat melihatnya untuk memastikan kebenarannya.Same’ah hanya menyatakan jawapan dengan nada selamba kerana dia hanya lebih memikirkan tentang perkhawinannya yang tidak sampai dua bulan lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bakal suaminya.Adila adalah sepupu Same’ah ,kedatangannya ke kampung mempunyai sebab dan alasannya yang tersendiri.Bagi Same’ah Adila telah banyak membantunya melakukan persiapan perkhawinannya walaupun Same’ah tidak tahu bila dia akan pulang ke Kuala Lumpur.Kata Adila dia akan duduk di kampung selama masa empat lima bulan itu.Selama Adila duduk di kampung selama dua bulan itu Same’ah sedar akan perhatian Adila kepada Bujei kerana Adila sering mengatakan Bujei dari segi kemanusiaan dan sosialnya.Dia memperkatakan yang Bujei ini merupakan mangsa alam dan manusia disekelilingnya.Sedikit sebanyak dia telah mengetahui tentang Bujei.Dia semakin mempersoalkan hal tersebut sebagaimana seorang siswa yang sedang menyiapkan kajiannya.Same’ah mengingati kembali masa pertama kali Adila bertemu dengan Bujei.Same’ah tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kejadian yang yang cemas dan melucukan itu.Pada waktu Same’ah membawa Adila berjalan-jalan di sekitar kampung.Same’ah dapat merasakan sepupunya itu bahagia dan gembira apabila dapat memuji akan keindahan dan kemakmurannya.Apabila mereka tiba di persimpangan jalan ke jambatan untuk pulang,Bujei muncul dalam keadaan yang tiba-tiba sahaja dan membuatkan orang menjadi takut kepadanya apabila orang tidak mengetahui dan mengenalinya.Ketika itu Bujei di dalam keadaan yang basah kuyup dan bersalut lumpur.Waktu itu Adila mula cemas dan hilang akal dan pantas dia bergerak menuju kebelakang Same’ah untuk berlindung dari ancaman tersebut.Bujei menghampiri mereka sambil berkata dalam nada mengugut.Muka Adila pucat cemas pada ketika itu dan benar-benar takut akan keadaan tersebut.Bujei bergerak pergi apabila ditanya oleh Same’ah.Adilah menegur Same’ah akan kisah lama yang diungkitnya itu,Adila malu sangat akan peristiwa tersebut kerana sebelum ini tidak pernah lagi dalam hidupnya berhadapan dengan manusia abnormal seperti itu .Mereka menuju ke bandar untuk membeli barang persiapan perkhawinan Same’ah.Sambil dalam perjalanannya itu mereka berbual-bual dan mengenangkan kembali kisah lama yang melucukan bagi mereka iaitu pertama kali berjumpa dengan Bujei.Dalam pengalamannya belajar,dia sedar manusia seperti itu sebenarnya wujud ,malah dia memilih manusia abnormal sebagai bahanya dalam membuat kertas sampingan pengajian.Mereka bergelak ketawa apabila mengenangkan peristiwa yang mencemaskan itu sambil memberhentikan kereta di tempat letak kereta.

bab 2 (inilah dunia ciptaanNya)

Sidang Saman memanggil Bujei yang sedang melakukan perlakuan pelik itu,Bujei yang dalam keadaan cemas itu terus memalingkan mukanya kearah jambatan.Sidang Saman memarahi dan melontarkan pertanyaan kepada Bujei kenapa dia melakukan perbuatan yang sia-sia itu,lalu Bujei menyatakan Alias yang menyuruhnya berbuat begitu dan apabila terdengar bunyi azan maghrib Sidang Saman meneruskan perjalanannya sambil menyuruh Bujei pulang ke rumah.Bujei kesal atas perlakuannya.Alias merupakan orang yang paling ditakutinya di kampung itu kerana apa jua yang disuruh oleh Alias,Bujei tidak pernah membantah.Kalau dibantahnya Alias pasti memukulnya.Bujei bergerak untuk ke tebing dan tiba-tiba Bujei membenamkan dirinya semula ke dalam sungai dek kerana bunyi enjin motor yang didengarinya .Bujei pantas pergi ke tebing kerana takut kalau-kalau selepas ini Alias yang muncul.Dengan bajunya yang basah dia terus menuju pulang ke rumah neneknya.Dalam perjalanan ke rumah dia terus memikirkan makanan apa yang harus dia makan untuk mengisi perutnya yang lapar.Dia sanggup makan apa sahaja ,janji perutnya diisi.Bujei jarang makan nasi kalau tidak daripada pemberian orang atau rumah orang kenduri dan selalunya dia akan menolong untuk melakukan sebarang kerja kerana apabila dia pulang dia akan dibekalkan dengan makanan lebihan.Bujei mengendalikan rumah neneknya itu dengan baik dan bersih sekali .Segala perabot dan peralatan eletrik yang berada didalam rumah neneknya itu telah terletak rapi ditempat yang bersesuaian mengikut apa yang pernah dia lihat dan ingin juga dia di puji atas daya mengemaskan rumah.Dia akan bersendirian dirumah dengan menonton dan mendengar televisyen dan radio yang sudah tidak lagi berfungsi kerana itulah alam kegembiraannya.Keadaan rumahnya agak gelap dan walaupun Bujei sudah biasa dengan keadaan tersebut tetapi dia masih tercari-cari pelita minyak tanah dan mengingatkan kembali dimana dia meletakkan benda tersebutkerana selalunya dia meletakkannya ditepi dinding sambil menyumpah pada kegelapan.Selepas rumahnya diterangi dengan pelita minyak tanah dia terus membuka pakaiannya dan mengantungkan pakaiannya ke tali ampaian.Dia menampar-nampar badannya yang terdedah kepada nyamuk.Dia ke dapur untuk mengelakkan dirinya dari terus menjadi sasaran nyamuk.Dia senyum apabila memandang pisang berangan kerana itulah yang menjadi santapan makan malamnya yang tergantung,banyak yang masak.Dia terus memakan setandan pisang yang sudah separuh habis itu ke ruang rumah untuk dimakannya sambil menonton televisyen.Sesekali dia ketawa seorang diri pada televisyen yang tidak menunjukkan sebarang gambar.Bujei melelapkan matanya walaupun belum tiba waktu malam dan meninggalkan longgokan pisang yang telah dimakannya berhampiran dengan pelita.Dia terus pergi ke kelambunya yang seperti khemah tentera yang berceloreng.Setelah menjatuhkan badannya dan berangan-angan dia bangun semula untuk mematikan televisyen yang telah dibukanya tadi,barulah dia kembali ke kelambunya itu dan meneruskan kebiasaannya berangan-angan.Daripada satu perkara ke satu perkara yang menjadi mainan fikirannya ,kekadang hal yang sama menjadi lamunannya.Bujei ingin berkahwin dengan Same’ah anak Sidang Saman.Sa’meah baik dan bertimbang rasa kepadanya kerana anggapan Same’ah tidak seperti orang kampung yang lain.Cinta Bujei kepada Same’ah tidak terucap lagi dan dia memikirkan yang Same’ah juga mempunyai pemikiran yang sama sepertinya cuma malu untuk menyatakan perasaannya.Dia bahagia apabila berfikir begitu walaupun dia sudah mengetahui yang Same’ah sudah bertunang dan akan berkahwin tidak sampai dua bulan lagi.Baginya Same’ah tetap kekasihnya walaupun Same’ah akan menjadi isteri kepada seorang pegawai di kota besar.Dia terus memikirkannya sehingga dia tertidur dalam lamunannya kerana itulah kebahagian yang dia sahaja mengerti.

sinopsis bab demi bab

Bab 1 (suratan yang perlu ku terima)

Dia duduk di tepi sungai yang lebih kurang Sembilan meter jaraknya antara dua belah tebing.Dia dipenuhi dengan agas-agas disekilingnya yang mengerumuninya serta menampar ketika nyamuk singgah ditubuhnya.Selalunya dia ditebing sungai itulah yang menjadi tempatnya berehat walaupun lipan dan jeking berkeliaran diatas tanah tempatnya berehat tapi dia sudah biasa dengan tempat itu sejak opah dia masih hidup lagi dan segala keperluannya yang lain tidak menentu dan disebabkan itulah dia dianggap dengan bermacam-macam pandangan dan pendapat.Dia tidak merasakan kedamaian di Kampungnya kerana masyarakat di Kampung selalu menganggapnya serba tidak kena seperti orang yang tidak ada akal dan sebagainya tetapi dia sudah biasa dengan semua itu. Ayahnya bekerja sebagai seorang tentera dan dia amat berbangga dengan pekerjaan ayahnya dan selalu juga dia menceritakan tentang ayahnya dengan rakan-rakan di sekolah.Pada suatu hari ,kejadian yang yang amat membuatkan perasaan dan jiwanya terganggu iaitu ayahnya ditimpa kemalangan di lebuhraya Karak.Hal itu menyebabkan dia sekeluarga berpindah daripada di kota terus pulang ke kampung walaupun dia masih tidak dapat menerima atas pemergian ayah yang tercinta.Tapi disebabkan atas kasih sayang seorang ibu dan opahnya menyebabkan semangatnya bangkit untuk menjadi murid yang cemerlang.Ibunya Fatimah iaitu janda beranak satu berkhwin sekali lagi dengan lelaki yang bernama Harun iaitu seorang mandur,itu pun disebabka harta peninggalan suaminyaItu pun orang kampung telah memberikan peringatan kepadanya agar jangan berkahwin dengan Harun.Apabila mereka telah sah menjadi suami isteri,belum setahun Harun mula menonjolkan sikapnya yang kurang meyenangkan.Selama Harun menjadi suami Fatimah,licin semua dikikisnya harta isterinya tetapi dia tidak menyedari akan semua itu .Makin hari Harun mula meletakkan perbuatan kasarnya keatas tubuh Fatimah dan anaknya hanya dapat melihat sahaja kerana dia cukup lemah untuk menahan segala perlakuan bapa tirinya itu.Tragedi sekali lagi menerjah dihadapannya iaitu pada waktu senja bapa tirinya itu ingin rantai daripada ibunya tetapi ibunya enggan memberikan rantai tersebut dan hal itu telah membangkitkan amarah bapa tirinya.Maka bapa tirinya itu mulai menerajang ibunya sehingga pengsan.Dia cuba ingin menyelamatkan ibunya tetapi apa kan daya seorang budak kecil ingin menghalang orang yang lebih kuat darinya.Disebabkan perikemanusiaan dia mulai menerkam bapa tirinya dan dia jauh terpelanting disebabkan libasan bapa tirinya itu.Bapa tirinya itu menyepak lampu pelita dan menyebabkan semburan minyak pelita itu tersebar diseluruh rumah .Hal itu telah menyebabkan kebakaran,Bapa tirinya mulai panik dan mula meminta tolong.Tetapi setelah dia diselamatkan oleh orang kampung ,bapa tirinya mulai menuduhnya yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.Maka orang kampung mulai percaya kata-kata bapa tirinya itu dan mula berpihak kepada bapa tirinya itu dan dia tidak terbela.Ibunya tidak dapat diselamatkan didalam rumah yang sedang dilahap oleh api yang marak.Dia amat sedih akan kejadian tersebut apabila diimbaukan semula,sungguh mengerikan.Tiba dia tersedar dan mulai cemas dan dia terus membenam-benamkan dirinya didalam air sungai yang sedalam paras betisnya apabila bunyi enjin motor itu mulai dekat.Tuk sidang berhenti ditengah-tengah jambatan dan terkejut melihat kelakuan pelik pemuda yang dikenalinya itu yang pertama kali dia melihatnya.